Marah

Assalamualaikum dan hello pada sesiapa yg sedang membaca blog aku ini.
Rasa mcam dah lama tak update my blog . HAHA . Rindu sebenarnya.


Ape yang korang wat sepanjang cuti yang dah habis dekat seminggu ?
Jalan jalan ? duduk umah ? or text pakwe / makwe je ? hehe


ok lah . bnyak bende aku dah merapu. post aku kali ni pasal "MARAH"
kenapa aku amik tajuk ni ? sebab aku tau , Marah ni bende yang senang
nak dapat terutama sekali waktu tengah bad mood or bengang . Betol kan ?



aku mengaku pada korang sume yang kadang kadang aku cepat
melenting (panas baran) bile aku tak suke pada masalah yang
ada dlam satu satu situation . contohnye mcm  korang tengah bergadoh
dengan membe korang/family/pakwe and etc.


bile kite tengah marah . sume bende disekeliling kite akan rase tak betul .
Contoh mcm ko tengah marahkan membe ko yang tetibe wat ko rase sakit
hati gile pasal something yang ko tak suke. pastu datang plak membe baek ko
yang cube nak tanye punce ko marah and die nak tenangkan ko . ko rase die
menyemak je ade . betol x ?


so , untuk menghilangkan kemarahan korang dan aku . aku ade beberape tips 
yang aku nak share ngn korang . antaranya ialah :

1. perlu berasa malu dengan Allah atas segala tindakan kita. Allah memerhatikan segala tindakan dan sikap biadab kita.

2. apabila datang perasaan hendak marah, ingatlah kita ini hanya manusia yang hina.

3. banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah supaya Allah selamatkan kita daripada sifat marah.

4. hendaklah ingat kesan daripada sifat marah. ia mungkin membawa kepada permusuhan dan balas dendam daripada orang yang kita marahi.

5. cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika marah. ia lebih buruk daripada perlakuan seekor haiwan apabila kita dalam keadaan marah.

6. apabila datang perasaan marah, banyakkan membaca istighfar kerana marah itu datang daripada syaitan.


7. apabila marah sedang memuncak mcm gunung bmerapi nk meletus, ambillah wuduk kerana ia dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara.


8. jika marah kita tu tak boleh hilang dengan melakukan perkara seperti di atas, hendaklah tidur. ini kerana ia dapat meredakan perasaan marah apabila bangkit dari tidur nanti. 


9. tauhid kita perlu tepat pada masa dan lokasinya (cakap mcm ahli parlimen !). setiap sesuatu itu datang daripada Allah dan akan kembali kepada Allah. kenapa kita perlu marah ?


10. apabila kita bersalah, kita mesti la tak suka orang memarahi kita. mcm tu la juga dengan orang lain yang melakukan kesilapan, tidak suka dimarahi, solutionsi yang terbaik adalah tegur orang yang buat silap tu secara baik. boleh ?


11. satu cara lagi, apabila marah datang, masa tu pula kita tengah berdiri, duduklah. apabila duduk, cuba pula bersandar. Insya-Allah marah kit tu akan mula reda.


(ini yang akan aku buat bile aku marah)





kalu kite cube salah satu cara kat atas tuh . INSYAALLAH , Marah tu akan reda .
dan akan hilang sikit .

itu saje yang aku nak cite kali nih . cite banyak pon tak guna jugak kan ?
Haha . ade mase lagi . aku post plak cite yang best ckit . Assalamualaikum . Adios ! :D